Blog Watan

Al-Aqsa makin rapuh
Oleh: Ziauddin Sharuddin dan Meor Hisham Zulkifli

Sumber: Berita Minggu 4 Mac 2007

AL-AQSA, kompleks rumah ibadat untuk penganut tiga agama samawi, Islam, Kristian dan Yahudi, semakin terancam angkara tindakan Israel melakukan penggalian kononnya untuk mencari artifak bukti sejarah bangsa Yahudi.

Penggalian yang dilaksanakan secara agresif sejak 1967, menyebabkan struktur Al-Aqsa yang didirikan di atas Gunung Moriah atau lebih dikenali sebagai Mount, semakin lemah dan rapuh malah Yahudi sudah membina pelbagai terowong yang kini dijadikan biara Yahudi termasuk terowong sepanjang 450 meter membelah bawah masjid al-Aqsa sehingga ke Kubah Batu dan Tapak Singgah Sana Sulaiman.

Kompleks yang menempatkan kiblat pertama dan menjadi Tanah Haram Ketiga bagi umat Islam serta gereja utama ahli kitab atau Kristian Ortodoks itu, kini digali Jabatan Arkeologi Israel, dengan harapan struktur itu akan roboh bagi membolehkan mereka mendirikan al-Haykal atau Third Temple, yang bakal dianggap simbol ketuanan dan kejayaan Yahudi.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdulaziz Aboughosh, berkata Israel menggunakan helah melakukan proses cari gali di kawasan dan sekitar al-Aqsa, selain jelas mencabuli semua ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pelbagai resolusi badan dunia yang lain termasuk Unesco, yang mengiktiraf al-Aqsa adalah kompleks sejarah ketamadunan agama yang perlu dipelihara dan dipulihara.

Israel pada 6 Februari lalu memulakan kembali proses cari gali terbaru di sekitar kawasan al-Aqsa membabitkan lokasi di Pintu Mughrabi bagi meneruskan gerakan yang bermula sejak 1967.

Lokasi ini dianggap penting oleh golongan Zionis kerana dikatakan menempatkan al-Haykal atau King Solomon Temple.

Ia terletak berhampiran Tembok Ratapan atau Western Wall yang juga dikenali sebagai Wailing Wall. Tembok berkenaan juga dikenali sebagai Tembok Buraq, yang dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad.

Pintu berkenaan diberi nama Mughrabi selepas Raja al-Afdhal pada tahun 589-592 CE (era bersama Kristian-Islam), menyerahkan kawasan berkenaan kepada penduduk Moor dari Maghribi.

Kawasan ini sebelum ini mempunyai dua masjid dan sekurang-kurangnya 135 rumah yang dimusnahkan Israel pada 11 Julai 1967 dan dijadikan kawasan pelancongan serta tempat meletak kenderaan kepada penduduk Yahudi yang ingin beribadat di Wailing Wall.

Menerusi projek terbaru ini, Israel menyatakan, ia mahu membina semula laluan pejalan kaki yang menganjur dari bawah bukit menuju ke kawasan al-Aqsa. Secara lebih jelas, penggalian ini yang bermula kira-kira 50 meter dari Masjidil al-Aqsa dan kini dilaporkan sudah melampau bahagian bawah tanah masjid al-Aqsa itu.

Malah, kata Abdulaziz, proses penggalian ini menyaksikan Israel turut merobohkan dua bilik di masjid al-Aqsa dalam proses cari gali berkenaan.

Laporan agensi berita dari Kaherah pertengahan bulan ini menyatakan, kerja penggalian di Pintu Mughrabi turut menemui kesan tinggalan warisan sejarah Islam, termasuk ruang solat dipercayai menjadi sebahagian masjid lama yang dirobohkan.

Ahli Parlimen Israel berketurunan Arab, Abbas Zakur yang mendedahkan mengenai penemuan itu, turut menunjukkan gambar binaan itu, yang diambil ketika kerja penggalian rejim Zionis.

“Mereka menemui dua ruang ibadat di utara jambatan menghala ke Pintu Mughrabi. Mereka turut menemui mihrab (tempat imam dan penanda arah kiblat) di timur kedua-dua ruang solat.

“Turut ditemui dua lampu minyak yang dipercayai digunakan bagi menerangi bilik itu selain beberapa kesan peninggalan zaman pemerintahan Mamluk,” katanya.

Pada 1999, proses cari gali oleh Jabatan Arkeologi Israel turut menemui sebuah masjid purba yang dikenali sebagai masjid Marwani yang dibina pada kurun ke-7 bertentangan dengan Pintu Mughrabi. Israel sebaliknya mendakwa kawasan itu sebagai tempat Nabi Sulaiman memelihara kuda.

Penemuan lokasi ini menyaksikan pemimpin pembangkang, Ariel Sharon yang kemudian menjadi perdana menteri Palestin melawat masjid itu menerusi Tembok Buraq pada tahun 2000, Tembok Buraq, mencetuskan Intifada al-Aqsa yang berlangsung sehingga kini.

Lebih menarik, perdana menteri yang menggantikan Sharon adalah datuk bandar Yahudi di Baitulmaqdis, Ehud Olmert yang ketika itu membenarkan proses cari gali dan gerakan melemahkan struktur bangunan kompleks al-Aqsa.

Kisah cari gali Israel ini, tidak lebih kepada usaha mencari bukti kononnya mereka adalah pemilik mutlak di Baitulmaqdis, namun segala artifak yang ditemui mengukuhkan bukti ketuanan Islam di bumi suci terbabit, kata Abdulaziz.

Proses cari gali secara serius di Palestin bermula kepada separuh kedua kurun ke-19. Sebanyak 20 projek cari gali dijalankan tetapi semua yang berkaitan dengan Islam sama ada dihapuskan, dibuang atau tidak didokumenkan oleh institusi penyelidikan yang melakukan projek berkenaan.

Ketika era pemerintahan Jordan di Palestin (1948-1967) ahli arkeologi Britain, Cathie Kenyon yang mengetuai Sekolah Arkeologi British, menjalankan kajian di Palestin terutama pada 1961 apabila beliau menumpukan usaha di Baitulmaqdis Timur.

Beliau akhirnya membentangkan hasil kajiannya dalam buku bertajuk “Baitulmaqdis: 3,000 tahun Cari Gali’ pada 1967 dengan menegaskan, tiada satu pun bukti menunjukkan Zionis layak menuntut Baitulmaqdis.

Komplot Bunuh Diana: Apa Relevannya Kematian Diana Buat Umat Islam?
Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Sumber: Minda Lutfi

Ramai kawan-kawan saya terkejut bila diberitahu saya sedang menyiapkan buku tentang kematian Puteri Diana, bukannya buku tentang perkembangan politik terkini.

Kata mereka, masih banyak isu tempatan yang perlu dikupas, termasuk jerebu, kemerosotan nilai ringgit, menjunamnya harga saham, “pertelingkahan” Anwar-Mahathir.

“Buku kau, Anwar Terjerat?, banyak yang tak lengkap,” seorang kawan, pencandu politik, yang usianya hampir separuh abad, menelefon pada suatu pagi. “Aku ada banyak rahsia Anwar yang umum tak tahu. Lagipun surat yang menuduh Anwar berlaku curang perlu penjelasan lanjut.” “Cukuplah,” jawab saya. “Kalau benar Anwar tak betul, jatuh jua akhirnya, kita tak perlu terkejar-kejar.” “Lain macam bunyinya.” “Aku nak berubah angin. Berhenti sekejap tulis politik.” “Habis, siapa pula yang kau nak bedal’?” Kawan saya ini tetap tidak puas hati.

Katanya, bidang saya adalah penulisan politik popular. Tajamkan mutu persembahan, jangan fikir topik yang bukan-bukan, nasihatnya.

“Aku sedang siapkan bahan tentang Lady Di.” “Bukankah ia hanya satu kemalangan biasa. Apa yang kau nak ulas? Nanti, apa pula kata orang bila Lutfi tulis pasal Diana.” “Satu pembaharuan. Salah? Mungkin ada segi-segi kehidupan Diana yang orang tak pernah terfikir boleh aku ulas. Tapi yang penting, aku yakin ada konspirasi Barat yang mendalangi kematiannya. Perancangan mereka cukup licik, sukar dikesan dan nampak seperti satu kebetulan.” Akhirnya kawan saya itu angkat tangan. Katanya, peminat Lady Di memang cukup ramai, dan mereka tentunya tertarik jika ada perspektif baru tentang lagenda mereka itu dikupas dengan baik.

“Kalau kau kata Diana dan Dodi mati dibunuh, buktikan,” ujarnya sambil mengucap salam setelah mengingatkan saya agar pastikan buku ini teredar dengan lebih sempurna. Katanya, buku saya yang lain, khususnya Mufti Lawan Mahathir? sukar didapati di kedai-kedai buku.

“Tiada sebarang keistimewaan pada Diana. Dia bukan ibu yang baik, bukan isteri yang taat dan menantu yang tidak mendengar cakap,” kata seorang sahabat lama, sambil mengucapkan tahniah kerana buku terbaru saya Mufti Lawan Mahathir? berjaya dicetak ulang sebanyak empat kali, iaitu 30,000 naskhah, dalam masa sebulan. Harakah menyifatkannya sebagai sejarah baru dalam penerbitan buku politik popular tanahair. “Aku bimbang imej kau sebagai penulis yang serius tercemar dengan buku baru ini.” Memang saya akui penulisan buku ini akan mendapat reaksi pelbagai, terutama yang melihat saya sebagai pengkritik yang tajam dan pendokong setia kebangkitan Islam. “Apa pun maudhuk yang enta tulis, paksinya tetap Islam.

Perspektifnya harus ditanggap dari kacamata agama. Persetankan soal Diana mati kemalangan, hatta jika benar dia dibunuh sekalipun. Yang penting, apa kaitannya dengan Islam? Itu sebenarnya yang orang nak baca buku enta selama ini,” kata Tarmizi Mohd Jam, seorang rakan karib, juga penulis buku politik. Tarmizi agak menyepi selepas menyambung pelajaran dalam pengkhususan kajian media di Universiti Malaya.

“Pendokong Islam melihat kematian Diana selepas berfoya-foya dengan Dodi tiada relevan langsung dengan perkembangan Islam menjelang alaf baru ini, khususnya di Eropah,” tambah Tarmizi lagi. “Jadi enta harus timbulkan, apa kaitannya kematian Diana, yang umum menanggapinya sebagai mangsa nahas kemalangan semata-mata. Bagi mereka, dakwaan mengatakan Diana dibunuh perisikan British hanyalah gimik semata-mata. Barat tidak perlu takut dengan pengislaman Diana sekiranya lelaki atau suami Diana adalah orang seperti Dodi.

Malah jangan terkejut kalau ada yang beranggapan, kalau Diana memeluk Islam, tiada apa untungnya kepada dakwah Islam di Britain kerana personaliti seperti Diana tidak akan membawa citra Islam sebenarnya.” “Kita tidak sewajarnya mudah memperkecilkan peranan orang lain,” sahut seorang lagi teman sekerja. Rupanya dia juga tertarik dengan perbualan kami. “Jika Diana benar-benar berminat dengan Islam, kita harus mendorong dan membantunya. Sepatutnya kita sentiasa berusaha mendekatkan setiap bukan Islam kepada agama suci ini, bukan hanya Diana atau orang terkemuka. Bukankah kita semua adalah pendakwah yang sentiasa ringan tangan membantu sesiapa saja daripada menjadi bahan bakar api neraka.

Orang seperti Diana, jika dia Islam, banyak yang boleh dilakukannya demi menyebarluaskan ajaran agama ini. Apatah lagi dalam kedudukan Britain yang menyaksikan pertumbuhan dakwah Islam yang cukup memberangsangkan.” “Kita sibuk-sibuk pasal Diana dan Dodi, agaknya, apa khabar mereka sekarang? Untung nasib mereka sudah ditentukan, kita belum tentu lagi,” tegur seorang pelajar UIA, selepas bertanyakan projek penulisan terbaru saya. “Itu yang patut saudara ingatkan peminat Diana. Jangan terlalu runsingkan apakah Diana sudah Islam atau belum, hujung kehidupan kita belum tentu. Apakah berkesudahan dengan husnul khatimah atau suul khatimah?

Mengapa hanya kematian Diana dihebohkan sedangkan dalam masa yang sama berlaku begitu banyak kematian orang-orang teraniaya, yang lebih memerlukan perhatian.” Sebenarnya banyak perkara yang kadang-kadang dilihat berlaku secara kebetulan sebenarnya adalah lakonan daripada skrip yang diarahkan dengan sempurna oleh pengarah maha hebat. Dan banyak pula yang dianggap berlaku secara terancang, tersusun dan punya urutan, dan dipercayai didalangi pihak ketiga, sebenarnya terjadi secara kebetulan.

Begitulah kematian Diana ditanggapi. Menjelang saat-saat akhir kehidupannya Diana dilihat dekat dengan Islam, malah dua orang kekasihnya sebelum Dodi juga merupakan penganut Islam. Biarpun Diana sudah bercerai dengan Charles tetapi dia masih tetap ibu bakal raja Britain. Apatah lagi ketika khabar-khabar angin bertiup kencang bahawa Charles mungkin terpaksa melepaskan warisan takhta. Selain itu, pengaruh peribadi Diana terhadap peminatnya begitu memukau. Kerja-kerja amalnya dilihat penuh keikhlasan terutama yang berkaitan anak-anak bernasib malang. Dia dianggap duta kemanusiaan teragung abad ini, meskipun perjalanan hidupnya penuh kecurangan dan kemaksiatan.

“Diana belum lagi memeluk Islam. Soal dia berbikini di tengah khalayak, tidur dengan lelaki lain, gemar berfoya-foya tidak perlu dibangkitkan. Itu cerita lama. Ranjau silam hidupnya tidak perlu diselongkar jika benar dia berminat dengan Islam,” pandangan seorang wartawan yang cukup bersetuju dengan cadangan saya membukukan kisah Diana. “Seorang yang baru memeluk Islam tidak akan dibebankan dengan kesalahan masa lampau. Lihat Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid. Mereka adalah pemuka jahiliyyah sebelum memeluk Islam.”

“Cuma saya bimbang, pergaulan bebasnya, hinggap dari seorang lelaki kepada lelaki yang lain, termasuk ketika masih menjadi isteri orang, boleh mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup wanita Islam yang meminatinya,” tambahnya. “Kita juga tak mahu wanita Islam mengambil sikap protes terbuka kepada kecurangan suami mereka dengan turut terjebak dalam kemaksiatan, seperti yang ditunjukkan Diana. Kalau hang boleh buat, mengapa aku tidak boleh. Sikap seperti ini cukup berbahaya.” Bagi saya, meskipun Diana cukup diminati dan gerak-gerinya diikuti, wanita Islam tidak menganggapnya sebagai role model yang diteladani. Mereka hanya kagum dan terpukau dengan kilauan imej yang tampaknya hampir sempurna pada batang tubuh Diana.

Tidak lebih dari itu. Diana lebih banyak diperkatakan selepas beliau meninggal dunia. Pengaruhnya sebelum itu sukar disukat, malah ramai orang Islam yang tidak berasa apa-apa apabila mereka mendengar khabar Diana berkawan rapat dengan Dodi. Ini kerana pada andaian mereka, Dodi hanya teman sementara Diana, seperti rangkaian kekasihnya sebelum itu. Dan kalau-pun Diana berkahwin dengan Dodi, mungkin Diana tetap kekal sebagai penganut Kristian. Siapa yang berhak memak-sanya menukar agama.

Hanya selepas mendapat tahu bahawa sememangnya Diana berniat mendalami ajaran Islam dan keributan yang bakal timbul di Istana Buckingham sekiranya Diana memeluk Islam, barulah semakin ramai yang menyedari implikasi sebenar daripada pengislaman Diana. Sebab itu Gadaffi tidak segan silu melontarkan pandangan provokasinya bahawa Diana-Dodi mati dibunuh perisik melalui konspirasi sulit yang sukar untuk didedahkan.

Teori terbaru tentang pembunuhan Diana sengaja saya letakkan pada bab terakhir buku ini, sebagai pelengkap kepada hujah-hujah yang ditimbulkan secara berselerakan di merata tempat. Ia boleh terus saja dibahaskan kerana kes seumpama ini terlalu sukar untuk dibuktikan kerana semua pihak di Barat terbabit dalam konspirasi untuk menutup kejahatan mereka.

Permusuhan Barat terhadap Islam begitu ketara sehingga memungkinkan mereka berbuat apa saja demi menghalang kebangkitan semula umat Islam. Diana mungkin tidak menyumbangkan sesuatu yang boleh meruntuhkan Barat, tetapi mereka tidak mahu berjudi nasib. William mungkin akan putus hubungan dengan ibunya, dan Diana selepas Islam tidak lagi dianggap selebriti yang perlu diintip setiap minit.

Diana sendiri mengakui kempen pengharaman periuk api yang dijalankannya di Bosnia adalah kegiatan amalnya yang terakhir. Selepas ini Diana mahu hidup untuk dirinya sendiri. Namun Barat dan musuh-musuh Islam tidak mahu pening kepala dengan karenah Diana nanti. Menangani Diana bukannya mudah, sekurang-kurangnya itulah penga-laman Istana Buckingham. Mungkin membunuhnya, dengan strategi canggih dan licik, dapat menghindarkan Barat daripada mimpi ngeri berpanjangan. Tapi harapan itu tidak mudah untuk ditunaikan. Islam akan terus bersinar di mana saja yang dapat disuluh oleh cahaya mentari, walaupun di kutub utara.

Akhirnya, terima kasih buat semua pihak yang membantu, memberi pandangan, menyumbangkan tulisan, khususnya seisi keluarga yang dapat bersabar menghadapi karenah saya ketika menulis buku ini. Juga kepada Saudara Zin Mahmud yang begitu banyak memberi idea, menulis, menegur dan menunjuk jalan, bagi memastikan buku ini dapat diterbitkan juga. Terima kasih buat pembaca setia.

AHMAD LUTFI OTHMAN

Taman Bukit Ampang

15 Oktober 1997

Asrisme dan Hizbut Tahrir: Fenomena dakwah IPT
Oleh: Maszlee Malik

Sumber: Ummah Online

Pada penghujung tahun 2005, Uthman el-Muhammady telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan kenyataan akhbarnya berkaitan gejala “Wahabi”. Fahaman yang dianggap oleh beliau sebagai bersalahan dengan faham Ahli Sunnah Wal Jamaah, telah merebak di seluruh IPT dan juga di kalangan para profesional (Lihat: Utusan Minggu, 27 November 2005). Ada sudut kebenaran dan ada sudut kesalahan di dalam kenyataannya. Cuma yang menarik perhatian ialah sudut kebenaran dari kenyataannya ialah mengenai tersebarnya fahaman ini di kalangan para pelajar IPT dan juga para profesional.

Persoalannya, mengapa? Mengapa ianya tidak pula menjadi begitu popular di kalangan golongan yang berpendidikan rendah dan juga di kalangan orang-orang kebanyakan? Hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun yang mengikuti isu ini, hatta oleh Uthman el-Muhammady sendiri pun, ialah fahaman ini boleh diterima oleh golongan yang berfikir. Hanya mereka yang berfikir dan mengkaji sahaja, seperti para pelajar IPT dan profesional mampu menerima fahaman ini, adapun mereka yang malas berfikir dan hanya sekadar suka untuk mengikut secara membuta tuli tidak akan dapat menerima fahaman tersebut.

Sudut yang menarik juga dari kenyataan tersebut ialah mengenai para pelajar IPT yang menerima fahaman ini. Mungkin kerana beliau dihantui oleh fahaman ini, maka analisisnya mengenai “trend” mahasiswa Islam ini agak tidak terlalu tepat. Adakah benar faham “Wahabi” yang diikuti oleh para mahasiswa Islam di IPT-IPT ataupun ianya hanya salah satu trend yang ada di IPT di antara banyak trend-trend yang lain? Atau, adakah benar yang dikatakan faham “Wahabi” itu tersebar?

Sejarah gerakan pelajar Islam

Gerakan pelajar Islam di IPT-IPT Malaysia mula berkembang sebagai satu fenomena di penghujung 60′an dan di awal 70′an. Arus Islam pada waktu itu bersaing hebat dengan arus sosialis. Antara isu-isu yang diperjuangkan ialah persoalan kemiskinan, persoalan masyarakat, pekerjaan, keadilan sosial dan juga isu-isu luar negara (Lihat: Azizan Bahari (1995), Belia Dan Masyarakat, IKD, hal. 45-48). Pada waktu itu, mantan TPM Malaysia, Anwar Ibrahim dengan wadah PKPIM dan ABIM yang disertainya merupakan satu fenomena. Tahun-tahun 70′an menyaksikan Anwarisme melanda IPT-IPT tempatan. Fenomena ini berterusan sehingga Anwar memasuki UMNO pada tahun 1982 dan juga selepas Revolusi Islam Iran pada tahun 1979. Kehebatan gerakan pelajar di waktu tersebut telah memaksa kerajaan perikatan pada waktu itu untuk menggubal AUKU pada tahun 1971 dan juga pindaannya pada tahun 1975 (Lihat: Warkah Anwar (2004), susunan Zunar, Bab 4, hal. 290-303; juga lihat: A. Rahman Abdullah (1997), Pemikiran Islam di Malaysia, Jakarta: Gema Insani Press, hal. 226-230) .

Di luar negara pula, tahun-tahun 70′an dan awal 80′an menyaksikan fenomena IRC (Islamic Represantative Council) di UK dan juga pengaruhnya yang merebak ke AS. Gerakan yang membawa faham “Ikhwan al-Muslimin” Mesir dan juga “Jamaat Islami” Pakistan ini telah berjaya membawa para pelajar Malaysia daripada keseronokan dunia dan juga berpoya-poya kepada kesedaran Islam dan dakwah. Nama Abu Urwah (Saari Sungip) merupakan nama yang tidak asing lagi kepada para pelajar Islam yang terlibat dengan gerakan dakwah ala-Ikhwan atau IRC ini. Buku-buku tulisan beliau di dalam siri “Risalah Usrah” menjadi rujukan wajib di dalam sel-sel usrah di samping buku-buku tulisan pimpinan Ikhwan seperti Hassan al-Banna, Fathi Yakan, syed Qutb dan Mustafa Mahsyur. Kebanyakan buku-buku tersebut diterjemahkan oleh ustaz-ustaz pro Ikhwan atau IRC telah diterbitkan oleh Pustaka Salam. Fenomena IRC ini sedikit sebanyak telah merebak di IPT-IPT tempatan seperti di ITM, UM dan beberapa IPT yang lain (Zainah Anwar (1987), Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among The Students, KL: Pelanduk Publication, hal. 27-30).

Revolusi Islam Iran dan kemasukan Anwar ke dalam UMNO juga telah menyaksikan kemunculan gelombang baru di dalam senario dakwah Islam di IPT. PAS (Parti Islam SeMalaysia) yang telah dipimpin oleh Allahyarham Yusuf Rawa telah membawa gelombang “Kepimpinan Ulama” telah melangkah dengan rentak yang baru. Gabungan di antara fikrah Ikhwan al-Muslimin dan juga semangat Revolusi Islam Iran di dalam PAS telah membentuk satu fenomena baru bagi para pelajar Islam di IPT-IPT tempatan. Penyertaan para ustaz-ustaz dan para orator yang kebanyakannya mantan pimpinan pelajar di tahun-tahun 70′an telah merancakkan lagi pengaruh PAS di IPT-IPT. Fenomena Haji Hadi telah melanda IPT-IPT pada waktu itu. Anwarisme telah ditenggelami oleh Hadisme, terutamanya di kalangan para pelajar pro-PAS. Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di IPT-IPT telah dijadikan wadah bagi PAS untuk mengembangkan dakwah dan dominasi mereka di dalam senario amal Islami di kampus-kampus pada penghujung 80′an sehingga pertengahan 90′an (Lihat: Farish Noor (2004), Islam Embedded, KL: MSRI, vol. 2, pg. 329-336). Antara isu yang diperjuang pada waktu ini ialah isu negara Islam dan juga isu Hudud. Fenomena al-Arqam walaupun wujud dan melanda IPT-IPT, namun kewujudan mereka tidaklah sehebat fenomena PAS dan Hadisme.

Tahun 1998 telah menjadi tahun keramat bagi gerakan mahasiswa Islam di IPT-IPT di Malaysia. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dipecat dari kerajaan BN. Pemecatan orang nombor dua negara pada waktu itu telah ditafsirkan sebagai penjelmaan wajah sebenar UMNO yang tidak inginkan Islam. Anwar yang dilihat sebagai pejuang agenda Islam dan penerus agenda gerakan siswa Islam di peringkat Nasional dan di alam politik telah dipecat keana perjuangannya. Gerakan-gerakan mahasiswa Islam di IPT-IPT tanah air dan juga para pelajar Malaysia di luar negara seakan mendapatkan roh baru untuk bersatu dan berganding bahu setelah puas bergaduh sesama sendiri lebih satu setengah dekad. Sekali lagi Anwarisme melanda, walaupun pada waktu tersebut Anwar telah dipenjarakan. Refomasi, GERAK, dan juga Barisan Alternatif telah menjadi wadah untuk menyatukan para mahasiswa Islam pada waktu tersebut. Di waktu ini, isu rasuah, kronisme, nepotisme, salah laku dan juga keadilan sosial telah menjadi agenda gerakan Islam di IPT-IPT. Keadaan ini telah dilihat oleh kerajaan BN sebagai ancaman, maka selepas pilihanraya 1999 kerajaan telah mengambil 1001 langkah untuk mengelakkan arus gerakan pelajar daripada terus menggugat status quo mereka.

Milleneum yang baru pula telah menyaksikan gerakan dakwah siswa di IPT-IPT tempatan menjadi lesu. Pilihanraya kampus yang sering menjadi medan untuk mereka luaskan pengaruh dan memperjuangkan agenda juga telah direncanakan supaya tiada arus Islam yang akan dapat menguasainya. Para pelajar IPT di mileneum yang baru lebih diserikan dengan acara-acara hiburan, maksiat dan juga kelesuan di dalam akademik. Edisi siasat NTV 7 yang telah memaparkan gejala maksiat oleh para pelajar IPT tempatan sudah cukup membuktikan bagaimana berjayanya polisi-polisi yang telah dirancanakan untuk melemahkan gerakan siswa. Kelesuan gerakan pelajar Islam hanya akan membawa kepada kelesuan moral dan juga meningkatanya gejala maksiat dan hendonisme di kalangan mahasiswa. Walau bagaimanapun arus dakwah masih lagi tetap berjalan meskipun tidak serancak dahulu. GAMIS, PKPIM, Karisma, ISMA, Haluan, Tabligh, Rufaqa dan beberapa gerakan dakwah IPT masih berjalan demi meneruskan usaha Amar Maruf Nahi Munkar di IPT-IPT. Kewujudan mereka di IPT-IPT telah menyumbang kepada kurangnya budaya Hendonisme, dan juga sedikit sebanyak membantu pencapaian akademik para anggota gerakan-gerakan tersebut.

Asrisme

Di sebalik mendung yang melanda gerakan siswa Islam di IPT yang bertunjangkan idealisme haraki, muncul fenomena baru. Revolusi internet dan juga dunia globalisasi telah menjadikan para islamis dan pecinta Islam semakin maju di dalam bidang pemikiran. Jika dahulu, kebanyakan para Islamis hanya cenderung dengan retorik dan juga ceramah yang berapi-api, kini kebanyakan mereka menjadi semakin matang. Begitu juga halnya di dalam persoalan mengamalkan Islam. Persoalan ilmiah, hanya mengambil Islam dari sumber yang sahih serta pengamalan Islam yang benar serta terbuka telah menjadi satu metod baru di kalangan pecinta Islam. Para pecinta Islam di kalangan siswa IPT, samada di dalam dan luar negara menjadi lebih kritis, lebih ilmiah dan juga lebih bijak. Tidak seperti para Islamis terdahulu yang lebih berkiblatkan pondok-pondok dan juga penganggungan para Tok guru seraya bertaklid dengan mereka secara membuta tuli. Para Islamis milleneum baru lebih bijak di dalam beragama.

Kesedaran dan juga trend sebegini telah mengundang fahaman “Salafiyyah” yang juga digelar sebagai Wahabi oleh mereka yang anti terhadap fahaman tersebut. Fahaman yang menyeru agar umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bersumberkan al-Quran dan sunnah serta suci dari sebarang bid’ah dan khurafat. Faham ini juga amat mementingkan keaslian sumber terutamanya di dalam bidang aqidah dan ibadat. Konsep ilmiah seperti ini telah berjaya menambat hati para cerdik pandai semestinya.Hadis-hadis yang palsu dan dulunya sentiasa berlegar di bibir masyarakat telah berjaya dibongkarkan. Cerita-cerita Israeliyyat yang menjadi jampi pelaris para penceramah selebriti dan dijadikan candu kepada masyarakat yang jahil telah berjaya dikenal pasti oleh pendokong fahaman ini. Segala amalan bid’ah dan khurafat yang bukan dari ajaran Islam yang murni tetapi diamalkan secara meluas oleh masyarakat telah berjaya dibuktikan kesalahannya oleh fahaman ini. Tidak hairanlah mengapa para cerdik pandai serta para pelajar IPT lebih berminat dengan ajaran ini. Setiap perkara perlu ada dalilnya, setiap dalil perlulah sahih, setiap kesahihan perlu ada buktinya. Bukankah itu saintifik dan lebih ilmiah.

Sewaktu inilah muncul seorang anak muda graduan Jordan. Dengan membawa fahaman Salafiyyah ala Dr Yusuf al-Qaradawi yang serba moderat dan juga metod muhaddithin ala al-Albani, Dr Asri Zainal Abidin telah berjaya memikat pemikiran para pelajar IPT selain daripada para profesional. Literatur-literatur aliran Salafiyyah yang mula membanjiri pasaran hasil tulisan Ust Abdullah al-Qari, Ust Rasul Dahri, Hafiz Firdaus dan buku-buku terjemahan serta usaha orang-orang terdahulu telah memberikan satu momentum kepada anak-anak muda di IPT-IPT tempatan dan luar negara untuk bersetuju dengan pendekatan yang dibawa oleh Dr Asri. Kepetahan beliau berhujah, pengguasaannya terhadap ilmu hadis ala al-Albani, dan juga kesederhanaan di dalam persoalan hukum ala-Qaradawi telah menjadi modal untuk Dr Asri disetujui oleh kebanyakan siswa-siswa dan siswi-siswi di IPT-IPT. Keupayaan beliau untuk menonjolkan kebatilan dakwah Astora lewat dua debatnya bersama penulis yang amat tidak disukai oleh para Islamis dan pecinta dakwah itu telah melonjakkan lagi pemikiran beliau. Kini apa sahaja seminar dan juga seminar, pasti nama Dr Asri akan menjadi penyerinya. Kuliah-kuliah beliau di Lembah Klang dan juga Pulau Pinang menjadi buruan pecinta ilmu dan pendokong aliran Salafiyyah. Kaset-kaset ceramah dan kelas-kelas pengajian beliau, CD, VCD dan juga buku-buku tulisannya menjadi rujukan para Islamis di IPT. Asrisme merupakan fenomena gerakan pelajar Islam di IPT pasca refomasi.

Asrisme agak berbeza dengan fenomena-fenomena sebelum ini. Seperti juga Amr Khalid di kalangan warga Arab, Dr Asri bukanlah berdakwah untuk kepentingan politik, dia juga tidak membawa agenda kepartian dan kejamaahan. Dia hanya ingin membawa masyarakat agar menghayati Islam yang sebenar dan juga bersifat ilmiah di dalam mengamalkan Islam. Terbukti, kebanyakan pelajar-pelajar IPT yang mengikuti arus Asrisme bersikap kritis dan mengkaji. Bayangkan, antara anak-anak murid penulis yang mengambil jurusan perubatan, Kejuruteraan, Ekonomi dan juga bidang-bidang bukan agama, telah mengenali darjat-darjat hadis, mengenali para sahabat, para ulama dan para perawi hadis serta kitab-kitab rujukan yang silam. Ini semua hasil positif Asrisme. Sayangnya, Asrisme ini dicemburui dan juga dimusuhi oleh sesetengah golongan yang tidak bersetuju samada dengan faham Salafiyyah mahupun dengan individu Dr Asri itu sendiri. Mungkin juga peranan pengkagum Asrisme yang terlalu agresif dan tidak menghormati pendapat orang lain telah menyumbang kepada perkara seumpama itu. Yang pentingnya, Asrisme merupakan satu fenomena di IPT-IPT sekarang ini!

Hizbut Tahrir

Di satu ruang yang lain pula muncul fenomena gerakan Hizbut Tahrir (HT). Dari Johor Baharu sehinggalah ke masjid-masjid di Perlis dan Kelantan, risalah terbitan kumpulan yang bernama Hizbut Tahrir ini dapat dirasai. “Soutun Nahdah”, menjadi alat propaganda gerakan HT ini untuk menerangkan kepada masyarakat pendapat mereka (yang dikatakan sebagai pendangan Islam) terhadap isu-isu semasa. Isu hari pekerja, tahun baru, kapitalis, riba, demokrasi, Islam Liberal dan pelbagai lagi isu lain telah mereka sikapi dan diterangkan kepada masyarakat melalui risalah-risalah tersebut.

Sebelum refomasi di Indonesia HT bukanlah sebuah gerakan yang dapat dirasakan kewujudannya, samada di Malaysia mahupun di Indonesia. Sejurus selepas berlakunya refomasi di Indonesia, demokrasi yang subur telah memberikan peluang kepada HT untuk bergerak bebas dan melebarkan dakwah mereka. Bagaikan cendawan selepas hujan mereka berjaya merekrut anggota-anggota baru di IPT-IPT serata Indonesia. Di dalam siri-siri demonstrasi di Jakarta, mereka pasti akan muncul. Risalah-risalah, literatur-leteratur mereka mula membanjiri toko-toko buku di sana. Begitu juga halnya seperti di Malaysia, mereka segera menyikapi apa sahaja isu yang timbul dengan menyatakan pandangan HT yang dianggap sebagai pendangan Islam mengenai isu-isu tersebut. Pendekata HT adalah satu fenomena.

HT menjadikan perjuangan mereka adalah usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam yang sebenar di dalam masyarakat Islam. Kehidupan Islam di dalam masyarakat Islam menurut HT hanya akan dapat dilaksanakan apabila semua sistem-sistem Islam dijalankan di dalam kehidupan masyarakat dan bukannya secara juzuk-juzuk. Untuk menjalankan kesemua sistem-sistem Islam tersebut, maka penegakan semula sistem Khilafah dengan kewujudan seorang Khalifah yang memerintah umat Islam wajiblah diadakan (Lihat: Taqiyudin al-Nabhani (1994), al-Syakhsiyah al-Islamiyyah, Beirut: Dar al-Ummah, jil. 2, hal. 18-20). Demi menegakkan semula sistem khilafah metod “nubuwwah” wajib diikuti dan bukannya melalui metod-metod ciptaan manusia. Metod “nubuwwah” pada fasa permulaannya adalah dengan “peperangan pemikiran” di antara pemikiran Islam dengan ideologi-ideologi Kuffar. HT tidak menerima demokrasi sebagai cara untuk mendirikan sistem khilafah kerana ianya adalah ideologi kufur dan bertentangan dengan Islam (Lihat buku tulisan Dr Mahmud al-Khalidi (1983), Qawa’id Nizam al-Hukm, Jordan: Maktabah al-Muhtasib, hal. 37-58). Inilah hasil ide penubuh HT, Syeikh Taqiyyudin al-Nabhani, seorang ulama dari Palestin. Inilah juga dakwah HT di serata dunia.

HT, walaupun muncul di Jordan, namun ianya diharamkan di negara berkenaan. Begitu juga halnya di Iraq dan kebanyakan negara-negara Arab dan segelintir negara-negara Eropah. Mereka bergerak subur di UK kerana sistem demokrasi yang diamalkan di UK. Seperti halnya di UK, HT juga berkembang di Indonesia pasca refomasi. Pada waktu itu jugalah HT mula merebak ke Malaysia. Di peringkat awalnya, kewujudan HT hanya dapat dirasakan di alam maya lewat milis-milis dan juga laman web-laman web sahaja. Kemudiannya mereka muncul dengan menggunakan wadah Forum Islam Nusantara yang banyak menganjurkan forum-forum, wacana-wacana ilmiah di IPT-IPT sahaja. Tahun 2005 menyaksikan bagaimana faham HT telah dapat dirasakan di IPT-IPT terutamanya di Lembah Klang. HT juga telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dan mendapat ruang yang lebih luas lagi untuk menyebarkan dakwah mereka terutamanya di dalam usaha memberikan kefahaman kepada umat mengenai sistem-sistem Islam. Kedengaran di forum-forum dan juga wacana-wacana yang dianjurkan di IPT-IPT dan juga di sesetengah tempat slogan “mengembalikan sistem khilafah” di atas inisiatif HT. Kesimpulannya, HT merupakan satu fenomena juga di IPT-IPT dewasa ini selari dengan arus Asrisme.

Ke mana seterusnya?

Fenomena Asrisme dan HT di IPT-IPT sememangnya sesuatu yang menarik. Mungkin ada sesetengah golongan yang melihat apa yang berlaku sebagai satu kekecohan dan juga perpecahan di dalam arena dakwah kampus. Ini merupakan pemikiran lapuk. Penulis melihatnya dari sudut yang positif. Pertumbuhan pemikiran-pemikiran Islam di IPT-IPT, malah di tengah-tengah masyarakat membuktikan bahawa masyarakat tersebut masih lagi cintakan Islam dan masih lagi berfikir. Kemunculan pemikiran-pemikiran dakwah seperti ini amat-amat diperlukan terutamanya untuk mengimbangkan arus hendonisme dan juga arus liberal yang semakin menggila di Malaysia dewasa ini. Kehadiran Asrisme dan juga HT akan lebih merancakkan lagi suasana dakwah kampus, selagi mana semua pihak memahami “Ummah Centric” dan juga “Abad al-Ikhtilaf”.

Kehadiran dua fenomena baru ini sewajarnya menjadikan para pendakwah kampus bersikap lebih terbuka dan berusaha untuk mencari titik pertemuan dan bukanlah ruang perpecahan. Jika dilihat pun selain dari dua fenomena baru ini, gerakan-gerakan dakwah kampus kebanyakannya berpaksikan sumber fikrah yang sama, iaitu “Ikhwanic centric” (bersumberkan fikrah Ikhwan al-Muslimin). GAMIS yang mewakili PAS, PKPIM yang mewakili ABIM, Karisma yang mewakili JIM, SISMA yang mewakili ISMA, Haluan yang mewakili Kumpulan Ustaz Dahlan (dulunya dikenali sebagai ABIM Utara atau ABIM Perlis) kesemuanya berpaksikan pemikiran Ikhwan. Sudah tentu mereka yang berkongsi nasab yang sama lebih mudah untuk menemukan kesefahaman.

Kesilapan Islamis kampus terdahulu yang sering berbalah dan bertelagah sesama sendiri perlulah dijauhkan dan dijadikan pelajaran agar tidak diulangi lagi. Keikhlasan, sikap tawaduk serta keterbukaan pemikiran adalah amat penting. Untuk mencapai tujuan kesatuan, -jika tidak pun, cukuplah sekadar menghormati di antara satu sama lain- paradigma “Amal Jama’i” yang difahami oleh jamaah-jamaah dan gerakan-gerakan Islam di IPT selama ini perlulah di”up grade”kan kepada “Amal Tajammu’i”. Apakah “Amal Tajamu’i”?, kita akan membincangkannya kemudian. Yang lebih penting juga, setiap jamaah, setiap kumpulan dan setiap individu yang cintakan Islam perlulah melakukan usaha dakwah di IPT secara intensif dan tidak kenal penat, tidak kiralah samada mereka berjamaah ataupun tidak, dan tidak kiralah jamaah apa pun yang dia anggotai. Insha Allah, satu hari nanti kita akan sama-sama menyaksikan perlaksanaan semula Syariat Islam di muka bumi Malaysia, mungkin di tahun 2020, siapa tahu?

Nasib parti berbilang kaum: Pembangkang tidak dapat bentuk pakatan politik seperti BN
Oleh: Rosnah Majid

Sumber: Utusan 6 Jun 1999

Bukan mudah untuk menjadi parti politik berbilang kaum di Malaysia. Apalagi parti berbilang agama. Dan lebih susah lagi untuk membentuk pakatan politik terdiri daripada parti-parti yang berlandaskan kaum.

Datuk Onn Jaafar telah cuba membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1950, tetapi ditolak mentah-mentah. Ekorannya beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Negara yang tidak dapat bertahan lama.

Idea membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu terpendam selama 41 tahun sehinggalah pada tahun 1991 apabila parti Melayu terbesar itu membenarkan kaum bumiputera bukan Islam menjadi ahli iaitu orang-orang Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan serta kaum bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Oleh kerana bilangan bumiputera bukan Islam ini kecil, UMNO terus menjadi parti dominan Melayu hingga kini.

DAP memutuskan menjadi parti berbilang kaum sejak lama dengan membuka pintu kepada orang-orang bukan Cina, tetapi hingga kini ia tetap menjadi parti dominan Cina. Walaupun ada satu dua tokoh Melayu, India dan Sikh di dalamnya, namun imej parti berbilang kaumnya tidak tertonjol.

Gerakan juga merupakan parti berbilang kaum pada dasarnya, tetapi pada realitinya ia terus menjadi parti dominan Cina. Pemimpin parti itu sedar yang kebanyakan sokongan datang daripada kaum Cina yang tidak mahu menyertai MCA ataupun DAP.

Pengalaman DAP dan Gerakan yang telah begitu lama mahu menjadi parti berbilang kaum tetapi belum berjaya sepenuhnya, menceritakan hakikat sebenar politik Malaysia. Rakyat negara ini masih terus mahukan parti yang berlandaskan satu kaum sahaja.

Parti terbaru yang ditubuhkan sebagai parti berbilang kaum ialah Parti Keadilan Nasional (Adil). Sejauh mana parti ini dapat benar-benar menjadi parti berbilang kaum masih belum dapat dipastikan. Apakah ia juga akan menjadi seperti DAP dan Gerakan, hanya masa menentukan.

Perkembangan paling mutakhir ialah Pas bercadang membuka keahliannya kepada bukan Islam. Pas yang menonjolkan dirinya sebagai parti Islam sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951, kini berura-ura untuk menjadi parti berbilang agama.

Di akhir muktamar parti tersebut di Kuala Lumpur pada 30 Mei lalu, Naib Presidennya Hassan Shukri memberitahu yang Pas sudahpun menyiapkan satu cadangan pindaan perlembagaan untuk membuka parti itu kepada bukan Islam sebagai ahli bersekutu.

Apa yang sangat menarik ialah betapa sebuah parti yang selama ini “tidak mahu berkawan dengan kafir” dan menuduh UMNO “kurang Islam” kerana berganding dengan bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN), kini berhasrat untuk membuka pintu parti itu kepada bukan Islam.

Cadangan pindaan perlembagaan itu akan diteliti sebelum dikemukakan di dalam muktamar khas yang akan diadakan kemudian. Apakah cadangan itu akan diterima, masih belum dapat dipastikan.

Setakat ini sudah kedengaran suara ahli-ahli Pas yang memberi pandangan. Bekas Penasihat Undang-undang Pas, Datuk Wan Mustapha Ali berkata yang beliau akan keluar Pas jika parti itu menerima bukan Islam sebagai ahli. Beliau percaya ramai lagi ahli Pas akan meninggalkan parti itu kerana tindakan tersebut dilihat sebagai mengkhianati perjuangan asal Pas.

Cadangan ini akan meletakkan ahli-ahli Pas dalam keadaan tidak menentu. Ia memperlihatkan pertembungan dua kumpulan dalam Pas yang jelas iaitu golongan modenis yang mahukan pembaharuan dan golongan konservatif yang mahu menjaga Pas terus kekal dengan perjuangan Islamnya.

Jika cadangan itu diterima bermakna Pas tidak lagi boleh mendakwa ia sebuah parti Islam, tetapi ia adalah parti berbilang agama. Apa perasaan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi? Mereka selama ini berkempen menggunakan nama Islam, apakah bunyi kempen mereka kali ini?

Walau apapun hujah yang diberikan oleh para pemimpin parti itu, Pas ternyata mengambil keputusan paling berat yang menukar sama sekali haluan parti itu daripada matlamat asal penubuhannya.

Apakah orang-orang bukan Melayu berminat menyertai sebuah parti berbilang agama? Ini satu perkembangan menarik untuk dilihat. Kalau Adil menarik orang-orang bukan Melayu (berdasarkan kaum), Pas mahu menarik orang bukan Islam (berdasarkan agama).

Dari komen yang didengari hingga kini, bukan Islam nampaknya tidak berminat menyertai sebuah parti berbilang agama yang mengenakan label Islam. Bukan setakat itu, mereka berhak merasa tersinggung dengan cadangan itu yang meletakkan taraf mereka sebagai ahli kelas ketiga selepas wanita Pas menjadi ahli kelas kedua.

Mereka hanya dibenarkan menjadi ahli bersekutu yang ada hak menjadi calon menggunakan lambang Pas, tetapi tidak ada hak memegang jawatan dalam parti serta hak menentukan pucuk pimpinan parti. Tidak mungkin orang bukan Islam mahu diperbodohkan sehingga begitu sekali.

Cadangan pindaan perlembagaan itu bukan saja mengubah imej Pas, tetapi juga akan memberi kedudukan yang berbeza dalam pakatan pembangkang. Jika Pas meluluskan pindaan perlembagaan itu, bermakna dalam pakatan pembangkang terdapat tiga parti yang merebut ahli daripada kumpulan yang sama.

Kalau kini hanya DAP dan Adil merebut ahli bukan Melayu, kelak Pas terlibat sama dalam perebutan itu. Kalau BN memberi tanggungjawab untuk menarik undi Melayu kepada UMNO, undi Cina kepada MCA dan Gerakan, undi India kepada MIC, ini nampaknya tidak berlaku dalam pakatan pembangkang. Cadangan Pas itu serta penubuhan Adil sebagai parti berbilang kaum membuktikan yang kedua-dua parti itu tidak yakin dengan DAP untuk membawa undi Cina kepada pakatan pembangkang.

Dalam suasana yang begini, apakah akan wujud pakatan pembangkang yang kuat?

Pakatan pembangkang yang dinamakan Gagasan terbentuk ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu Anwar menjadi faktor penyatu. Apabila Anwar tidak lagi menjadi isu, apa akan jadi pada Gagasan?

Perbalahan antara DAP dan Adil berhubung kemasukan bekas Ketua DAP Sarawak, Sim kwang Yang yang dipecat kerana dituduh merancang menggulingkan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, sebagai ahli Adil adalah permulaan kepada drama rebutan ahli antara ahli-ahli pakatan pembangkang. Perbalahan lama antara Pas dan DAP mengenai pembentukan negara Islam masih belum selesai hingga kini.

Kenapa pakatan politik seperti BN boleh kekal, sedangkan pakatan politik pembangkang seperti APU tidak dapat bertahan lama?

Kebanyakan pakatan politik pembangkang dibuat berdasarkan perasaan kecewa, dendam, marah, benci. Sedangkan BN yang asalnya Perikatan dibentuk di atas asas yang murni iaitu untuk membolehkan negara mendapat kemerdekaan daripada British.

Pihak Inggeris memberi syarat supaya ketiga-tiga bangsa – Melayu, Cina dan India bersatu, barulah mereka akan memberi kemerdekaan. Mereka mengenakan syarat ini dengan harapan supaya kemerdekaan akan lebih lambat lagi, kerana dalam perkiraan British tidak mungkin orang-orang Melayu, Cina dan India boleh bersatu.

Tetapi tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan telah melakukan satu “keajaiban” dengan berjaya membentuk sebuah pakatan politik, – Perikatan – yang bukan saja berjaya mendapatkan kemerdekaan, tetapi telah berjaya meletak asas politik yang baik bagi Malaysia hingga ke saat ini.

Pakatan pembangkang dibentuk hanya untuk menghadapi pilihan raya, sedangkan BN untuk menyatukan rakyat negara ini di bawah satu payung politik yang lebih besar. BN memberi hak kepada 14 buah parti komponennya yang berlandaskan kaum mewakili kaum masing-masing dalam menjaga kepentingan mereka.

Inilah asas kekuatan BN dan kekuatan inilah yang memberi kestabilan politik kepada Malaysia sejak merdeka sehingga negara dapat dibangunkan dalam keadaan aman. BN muncul sebagai satu-satunya pakatan politik yang paling berjaya sekali di dunia sehingga kini.

Setiap kali pilihan raya, pembangkang akan cuba membentuk satu pakatan tetapi semuanya tidak kekal lama. Dalam pilihan raya 1990 mereka menubuhkan Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). APU – pakatan Pas dan Semangat 46 – berjaya menawan Kelantan, tetapi kini telah menjadi sejarah.

Hakikatnya adalah sangat sukar membentuk pakatan politik yang berjaya. Dalam konteks pilihan raya, BN telah dapat menyelesaikan masalah mencari formula pembahagian kerusi sejak pilihan raya pertama pada tahun 1951 lagi. Sedangkan pakatan pembangkang masih belum dapat menyelesaikan masalah paling sukar ini.

Malah mereka masih lagi di peringkat merebut ahli dan mencari faktor penyatu yang lebih mantap yang telahpun lama diselesaikan oleh BN. Inilah kelebihan BN dan inilah masalah pembangkang.

Alternatif pada AS
Oleh: Zin Mahmud

Sumber: Utusan 5 Julai 2005

Ahad lalu, tiga pemimpin penting dunia Barat mengadakan sidang kemuncak di Svetlogorsk Rusia bagi merayakan ulang tahun ke-750 penubuhan wilayah Kaliningrad.

Tetapi dalam sidang itu tidak ada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Sememangnya Barat yang lebih dikenali oleh dunia ialah AS dan Britain sebagai negara berbahasa Inggeris yang kini mendominasi dunia.

Barat yang diwakili dalam sidang di Svetlogorsk adalah alternatif kepada paksi AS-Britain yang lebih dikenali dunia. Mereka itu ialah Perancis, Jerman dan Rusia.

Begitulah perbezaan antara realiti dan imej Barat. Apabila disebut Barat, maka kecenderungannya ialah untuk melihat mereka sebagai himpunan negara dan budaya yang dipimpin oleh AS dan Britain.

Tetapi realitinya tidak begitu. Barat lebih luas daripada AS dan Britain. Barat juga mencakupi Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia. Walaupun Britain adalah anggota EU, tetapi negara utama dalam kesatuan itu adalah Jerman dan Perancis.

Sementara Rusia yang dalam sejarahnya seringkali dilabelkan sebagai Timur adalah realitinya merupakan negara Barat. Ini berlaku walaupun keluasan wilayahnya yang terletak di Asia adalah jauh lebih besar daripada tanahnya di Eropah.

Dari segi warisan budaya agama, bangsa Rusia menganut Kristian Ortodoks yang dianggap sebagai agama Kristian Timur kerana pusatnya dahulu adalah di Constantinople (Istanbul sekarang) yang merupakan ibu kota Byzantium, atau juga dikenali sebagai Empayar Rom Timur. Timur kerana ia terletak di sebelah timur berbanding Rom yang terletak di barat.

Tetapi sepanjang pemerintahan Czar, raja-raja Rusia khususnya Catharine the Great dan Peter the Great sentiasa mahu menjadikan Rusia sebagai negara Eropah dengan Jerman sebagai sumber inspirasinya.

Pun begitu, negara-negara Eropah di Barat cenderung melihat Rusia sebagai negara Timur dan apabila komunis memerintah Moscow, maka Kesatuan Soviet dilihat sebagai kuasa Timur. Apabila disebut barat lawan Timur, maka tafsirannya ialah kapitalisme pimpinan AS melawan komunisme pimpinan Soviet.

Tetapi hakikatnya tamadun di Moscow, lebih-lebih lagi setelah kejatuhan komunis adalah sebahagian daripada Barat.

Barat pada hakikatnya meliputi kawasan dari Amerika Utara hingga ke Rusia, termasuk wilayahnya di benua Asia walaupun kedudukan ekonomi Moscow tidak jauh bezanya dengan dunia bukan Barat.

Realitinya juga Barat tidaklah ber-satu padu di belakang Washington.

Sekurang-kurangnya tiga kuasa Barat ini: Paris, Berlin dan Moscow tidak bersetuju dengan AS dalam banyak perkara termasuk peperangan di Iraq.

Maka dapat dirumuskan bahawa barat terbahagi dua. Satu yang berpaksikan Washington dan London. Satu lagi ialah paksi Paris-Berlin-Moscow.

Maka ketiga-tiga pemimpin kuasa ini; Presiden Perancis, Jacques Chirac, Canselor Jerman, Gerhard Schroeder dan Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan di Kaliningrad Ahad lalu.

Walaupun sidang itu lebih kepada memperingati penubuhan Kaliningrad, ia memberi makna tersendiri kepada geopolitik dunia dan gagasan kepelbagaian budaya sejagat.

Kaliningrad sendiri sebagai wilayah mempunyai keistimewaan. Ia merupakan sebuah wilayah milik Rusia tetapi berada terpencil di tengah-tengah Eropah bersempadan dengan Lithuania dan Poland.

dalam sidang itu, Chirac memberitahu Putin bahawa hubungan antara EU dengan Rusia adalah penting bagi kestabilan dunia dan wilayah Kaliningrad.

Perkataan yang digunakan oleh Chirac ialah keseimbangan. Sementara Schroeder menyebut empat bidang kerjasama iaitu penguatkuasaan undang-undang, budaya, isu-isu perundangan dan ekonomi.

Dalam hal ini soal budaya menarik untuk ditinjau.

Berbanding

Dengan dunia didominasi oleh bu-daya Hollywood, beserta dengan hegemoni bahasa Inggeris, juga kerana kedudukan politik-ekonomi Washington, ditambah pula dengan kedudukan tinggi sains dan teknologi kuasa besar itu, maka budaya global pastinya tertumpu kepada apa yang dihasilkan oleh AS.

Sememangnya, kejayaan budaya global AS ini berasal dan berasaskan kepada Britain apabila negara itu memiliki empayar yang turut melahirkan negara-negara berbahasa Inggeris seperti Australia, Kanada dan New Zealand.

Tetapi hakikatnya Barat bukanlah mereka saja. Eropah dan Rusia juga merupakan komponen penting Barat, lebih-lebih lagi mereka juga menyumbangkan asas tamadun Barat, daripada pemikiran Greek, Rom, Rennaissance dan Enlightenment. Dalam zaman moden, sumbangan pemikiran politik, sains dan teknologi tidak kurang pentingnya datang daripada Perancis, Jerman dan Rusia.

Dalam hal ini, Perancis menekankan soal kepelbagaian budaya bagi dunia. Maknanya dunia tidak harus didominasi oleh AS dan bahasa Inggeris.

Barat mempunyai kekayaan budaya melangkaui Inggeris itu sendiri. Dapat dibayangkan jika kekuatan budaya Perancis, Jerman dan Rusia digemblengkan untuk dinikmati oleh dunia, maka ia lebih hebat daripada jika sesuatu pihak hanya tertumpu pada AS dan Britain.

Dari segi intelektual, Perancis menawarkan cara pemikiran dan falsafah yang lebih segar daripada AS. Begitu juga dari segi sains dan teknologi, Jerman mempunyai disiplin yang istimewa berbanding dengan apa yang diamalkan oleh Britain.

Sementara Rusia yang belum benar-benar menjadi negara maju juga menampilkan pendekatan hidup berbeza.

Malah dari segi politik dan hubungan antarabangsa, barat alternatif ini menawarkan sudut pandangan berlainan.

Paris-Berlin-Moscow mempunyai perspektif berbeza daripada Washington-London dalam isu-isu mengenai Palestin, Iraq, Iran dan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kalau Asia tidak boleh dilihat sebagai China semata-mata hanya kerana negara gergasi itu sedang pesat membangun dan menjana kekuatan ekonomi, maka begitu juga dengan Barat.

Kehebatan China perlu diseimbangkan dengan kemantapan Jepun, potensi India dan juga peranan yang turut penting dimainkan oleh Asean.

Maka dunia, termasuk Asia tidak harus menumpukan perhatian hanya kepada AS dan Britain semata-mata. AS patut diseimbangkan dengan Perancis-Jerman-Rusia sebagai komponen tamadun Barat itu sendiri.

Mungkin benar seperti kata Chirac, hubungan erat ketiga-tiga negara Barat itu akan menyumbangkan kepada keseimbangan dunia kerana jika tidak segala perkara ditentukan oleh Washington.

Untuk menyampaikan budaya mereka kepada dunia luar, mungkin Perancis-Jerman-Rusia terpaksa menggunakan bahasa Inggeris itu sendiri.

Apabila Chirac, Schroeder dan Putin berbicara dalam bahasa Inggeris di antara satu sama lain, maka ketiga-tiga dapat saling faham-memahami yang akhirnya boleh digunakan untuk menyampaikan sudut pandangan mereka sebagai suara alternatif barat.

Hello world!
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!