Al-Aqsa makin rapuh

4 March, 2007

Oleh: Ziauddin Sharuddin dan Meor Hisham Zulkifli
Sumber: Berita Minggu 4 Mac 2007

aqsa11

AL-AQSA, kompleks rumah ibadat untuk penganut tiga agama samawi, Islam, Kristian dan Yahudi, semakin terancam angkara tindakan Israel melakukan penggalian kononnya untuk mencari artifak bukti sejarah bangsa Yahudi. Read the rest of this entry »

Advertisements

Komplot Bunuh Diana: Apa Relevannya Kematian Diana Buat Umat Islam?

2 March, 2007

Oleh: Ahmad Lutfi Othman
Sumber: Minda Lutfi

Ramai kawan-kawan saya terkejut bila diberitahu saya sedang menyiapkan buku tentang kematian Puteri Diana, bukannya buku tentang perkembangan politik terkini.

Kata mereka, masih banyak isu tempatan yang perlu dikupas, termasuk jerebu, kemerosotan nilai ringgit, menjunamnya harga saham, “pertelingkahan” Anwar-Mahathir.

“Buku kau, Anwar Terjerat?, banyak yang tak lengkap,” seorang kawan, pencandu politik, yang usianya hampir separuh abad, menelefon pada suatu pagi. “Aku ada banyak rahsia Anwar yang umum tak tahu. Lagipun surat yang menuduh Anwar berlaku curang perlu penjelasan lanjut.” “Cukuplah,” jawab saya. “Kalau benar Anwar tak betul, jatuh jua akhirnya, kita tak perlu terkejar-kejar.” “Lain macam bunyinya.” “Aku nak berubah angin. Berhenti sekejap tulis politik.” “Habis, siapa pula yang kau nak bedal’?” Kawan saya ini tetap tidak puas hati.

Katanya, bidang saya adalah penulisan politik popular. Tajamkan mutu persembahan, jangan fikir topik yang bukan-bukan, nasihatnya.

“Aku sedang siapkan bahan tentang Lady Di.” “Bukankah ia hanya satu kemalangan biasa. Apa yang kau nak ulas? Nanti, apa pula kata orang bila Lutfi tulis pasal Diana.” “Satu pembaharuan. Salah? Mungkin ada segi-segi kehidupan Diana yang orang tak pernah terfikir boleh aku ulas. Tapi yang penting, aku yakin ada konspirasi Barat yang mendalangi kematiannya. Perancangan mereka cukup licik, sukar dikesan dan nampak seperti satu kebetulan.” Akhirnya kawan saya itu angkat tangan. Katanya, peminat Lady Di memang cukup ramai, dan mereka tentunya tertarik jika ada perspektif baru tentang lagenda mereka itu dikupas dengan baik. Read the rest of this entry »


Asrisme dan Hizbut Tahrir: Fenomena dakwah IPT

1 March, 2007

Oleh: Maszlee Malik
Sumber: Ummah Online

Pada penghujung tahun 2005, Uthman el-Muhammady telah mengejutkan rakyat Malaysia dengan kenyataan akhbarnya berkaitan gejala “Wahabi”. Fahaman yang dianggap oleh beliau sebagai bersalahan dengan faham Ahli Sunnah Wal Jamaah, telah merebak di seluruh IPT dan juga di kalangan para profesional (Lihat: Utusan Minggu, 27 November 2005). Ada sudut kebenaran dan ada sudut kesalahan di dalam kenyataannya. Cuma yang menarik perhatian ialah sudut kebenaran dari kenyataannya ialah mengenai tersebarnya fahaman ini di kalangan para pelajar IPT dan juga para profesional. Read the rest of this entry »


Nasib parti berbilang kaum: Pembangkang tidak dapat bentuk pakatan politik seperti BN

1 March, 2007

Oleh: Rosnah Majid
Sumber: Utusan 6 Jun 1999

Bukan mudah untuk menjadi parti politik berbilang kaum di Malaysia. Apalagi parti berbilang agama. Dan lebih susah lagi untuk membentuk pakatan politik terdiri daripada parti-parti yang berlandaskan kaum.

Datuk Onn Jaafar telah cuba membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1950, tetapi ditolak mentah-mentah. Ekorannya beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Negara yang tidak dapat bertahan lama.

Idea membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu terpendam selama 41 tahun sehinggalah pada tahun 1991 apabila parti Melayu terbesar itu membenarkan kaum bumiputera bukan Islam menjadi ahli iaitu orang-orang Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan serta kaum bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Read the rest of this entry »


Alternatif pada AS

28 February, 2007

Oleh: Zin Mahmud
Sumber: Utusan 5 Julai 2005

Ahad lalu, tiga pemimpin penting dunia Barat mengadakan sidang kemuncak di Svetlogorsk Rusia bagi merayakan ulang tahun ke-750 penubuhan wilayah Kaliningrad.

Tetapi dalam sidang itu tidak ada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Sememangnya Barat yang lebih dikenali oleh dunia ialah AS dan Britain sebagai negara berbahasa Inggeris yang kini mendominasi dunia.

Barat yang diwakili dalam sidang di Svetlogorsk adalah alternatif kepada paksi AS-Britain yang lebih dikenali dunia. Mereka itu ialah Perancis, Jerman dan Rusia. Read the rest of this entry »


Hello world!

28 February, 2007

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!